SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas telah siap dibina sepenuhnya pada April 2000. Sekolah ini mula beroperasi pada tanggal 3 Januari 2001 di bawah pimpinan En. Kamaruddin Bin Abu Hassan selaku Guru Besar dan beroperasi pada sesi pagi sahaja.

Semasa pembukaan pada 3 Januari 2001, bilangan guru adalah seramai 19 orang. Kakitangan sokongan pula ialah seramai 4 orang dan murid seramai 384 orang.

SK Taman Bukit Kempas yang lokasinya terletak di Jalan Bukit Kempas 4/2 Taman Bukit Kempas, Johor Bahru iaitu hanya kira-kira 15km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru. SK Taman Bukit Kempas juga berhampiran dengan SK Taman Anggerik, SK Taman Impian Emas dan SMK Taman Impian Emas.

Pada awal pembukaan, sekolah ini mempunyai 10 buah kelas Tahun 1 Arif, Tahun 2 Arif, Tahun 3 Arif, Tahun 4 Arif, Tahun 5 Arif dan Tahun 6 Arif termasuk 2 buah kelas Pra Sekolah dan 2 buah kelas Pendidikan Khas.

Sejak penubuhannya sehingga kini, SK Taman Bukit Kempas telah ditadbir oleh 7 orang Guru Besar iaitu bermula dengan En Kamaruddin bin Abu Hassab selaku Guru Besar yang pertama. Diikuti pula dengan En Osman bin Mon, Pn Hjh Zainab bt Ahmad, En Ibrahim bin Ali dan terus mengorak langkah di bawah pimpinan Pn. Hajah Latiffah Binti Sulaiman. Pada tahun 2013, En. Azhari bin Samsuri diberi tanggungjawab untuk menerajui SK Taman Bukit Kempas. Selepas pertukaran beliau ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor, sekolah ini ditadbir pula oleh Pn. Sharipah Binti Mansor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s